Program Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K: "Safe And Protect"

31 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Oktober 2018 Pusat Internet telah mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak kepada murid – murid Sekolah Kebangsaaan Seberang Ramai dari murid Tahun 4 sehingga murid Tahun 6 sempena dengan Program Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K : “Safe And Protect” anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taklimat Klik Dengan Bijak disampaikan untuk menerangkan tentang cara menggunakan internet dengan beretika tanpa menyalahgunakan internet.

Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, dan pelajar sekolah rendah serta guru -guru. Disamping itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim Pusat Internet dengan komuniti dan dapat memperkenalkan Pusat Internet dengan lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali