Kelas Membaca Taska Permata

15 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 November 2018, telah berlangsung kelas membaca Taska Permata yang di wakili oleh guru-guru taska dan anak-anak permata. Kelas ini adalah untuk memberi pendedahan mudah membaca menggunakan IT kepada anak-anak permata. Antara aktiviti yang diadakan adalah Taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) dan perbincangan berkaitan aktiviti anak-anak. Kelas ini adalah anjuran Taska Permata Negara dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia Perlis. Tujuan penyertaan kelas ini untuk memperkenalkan Pi1M dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk mengalakkan komuniti mendapat kemudahan yang Pi1M sediakan.

Disamping mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi dan dapat meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan dengan pengunaaan internet dan sahsiah dalam menggunakan teknologi semasa.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali