Program Malaysia ICT Volunteer (MIV) Di SMK Abi

12 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2018, telah berlangsungnya Program Malaysia ICT Volunteer (MIV). Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi Kangar Perlis. Program ini merupakan kerjasama diantara Pusat Internet, Sukarelawan ‘Malaysia ICT Volunteer’ dan Warde Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Abi Kangar Perlis .
Program ni berlangsung untuk mengeratkan hubungan PI dengan agensi-agensi kerajaan dan Komuniti setempat. Disamping memberi pendedahan tentang tubuhnya pusat internet dikawasan ini. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.

Disamping itu Pihak Pusat Internet memeriahkan program-program yang dianjurkan komuniti serta mempromosikan kempen-kempen yang diperkenalkan seperti kempen “Klik Dengan Bijak”. Membangunkan warga digital yang berwibawa yang mampu membangun dan menghasilkan aplikasi dan perkhidmatan ICT, dan membuat kandungan yang sesuai untuk komuniti dan kumpulan pengguna yang memerlukan mereka untuk mengawal semua aspek kehidupan mereka dan Mewujudkan komuniti praktik (COP) dan memupuk rangkaian sukarelawan ICT yang akan menyampaikan pengetahuan literasi digital kepada komuniti mereka dan bekerjasama dengan komuniti mengenai aktiviti / projek ICT



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali